Latest Posts

Saturday, October 24, 2015

Program : Memasak Bubur Asyura
Tarikh : 24/10/2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Surau Ar-Rahman

Sejarah Asal Bubur Asyura

Sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu.

Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab “Ada ya Nabi”. Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada.

Berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’. Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.

Jelasnya program memasak bubur asyura berjaya mengukuhkan tali silaturrahim dikalangan qariah surau. Semoga permuafakatan yang terbina membawa rahmat dan berkat kepada seluruh warga surau Ar-Rahman..

Rujukan :
1) https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/06/amalan-memasak-bubur-asyura/

REWANG BUBUR ASYURA 2015

0 comments:

Friday, October 9, 2015

SAMBUTAN  MAULID NABI SAW. PD THN 2013. INI ADALAH CUBAAN PERTAMA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SURAU AR- RAHMAN DAN YANG PALING PENTING TRASFORMASI MINDA AJK KETIKA ITU.

PROGRAM MARHABAN 2013

MELANGKAH LEBIH BERANI, SAMBUTAN MAULID NABI SAW. 2014 . BERSAMA UST. HASLIM BOLLYWOOD

KORBAN KELOMPOK 2014

LAWATAN KE SEK. AL BARAKAH UST. KAZIM ELIAS ATAS JEMPUTAN UST. PD THN 2015

,MERAIKAN TN PENGERUSI DAN TN IMAM 1 PERGI MENGERJAKAN HAJI 2014

PROGRAM SURAU AR-RAHMAN

Thursday, October 8, 2015

Alhamdulillah,

  1. Itulah perkataan pertama yg boleh saya katakan dengan melihat kemajuan sebuah Surau yang saya mula menhadirkan diri pada kurang lebih penghujung tahun 1988. Pada ketika itu saya baru 6 thn. 
  2. Jika tidak silap,pada ketika itu Surau asal berada dihadapan Surau yg ada sekarang ini. Asalnya Surau ini dibina mengunakan papan sepenuhnya dan kemudianya dibesarkan sedikit dan jadilah Surau separuh batu blok. Mengikut cerita orang lama, pembesaran surau tersebut mendapat peruntukkan Penghulu pada ketika itu yg bernama Idrus maka surau ini dinamakan Surau Al Idrus. Pada awalnya Surau papan ini digunakan oleh orang awam sekitar Sek.D.A.R.A dan juga pihak sekolah. Lama kelamaan pelajar semakin ramai timbul kesedaran untuk membina sebuah surau yg lebih besar bagi kegunaan kedua-dua pihak.
  3. Masa berganti masa maka perancangan dibuat dan usaha dijalankan untuk membina sebuah surau baru yang lebih besar.......... kita sambung lagi pada penulisan akan datang,tq.

ALHAMDULILLAH

Tuesday, October 6, 2015

Al-Quran digital atau aplikasi al-Quran yang sedang dibuka atau yang sedang dipaparkan mempunyai hukum yang sama seperti mushaf biasa, tidak boleh dibawa dan dibaca di dalam tandas dan juga tidak boleh merendahkan kedudukannya. Namun begitu, sekiranya Al-Quran digital atau aplikasi al-Quran telah ditutup dan tiada pada paparan lagi, maka hukumnya harus dibawa ke dalam tandas.
Hukum membawa masuk alat perisian al-Quran ke tandas dalam kitab Nihayah al-Muhtaj karangan Imam ar-Ramli Rahimahullah, beliau berpendapat bahawa benda-benda yang tidak dihukumkan sebagai al-Quran atau nama-nama yang tidak dimuliakan adalah harus untuk dibawa masuk ke tandas. Begitu juga jumhur ulama tidak menegah untuk rnembawa benda-benda selain zikir Allah ke tandas.

Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al- Quran atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Quran itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas.

Rujukan : Al-Islam ms 70, September 2015

AL-QURAN DIGENGGAMAN

Monday, October 5, 2015

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid. Di sinilah kita dapat menilai diri kita sama ada kita sering ke masjid untuk solat berjemaah atau sebaliknya; atau seminggu setakat sekali sahaja iaitu untuk solat Jumaat.

Ayuhlah, marilah kita beramai-ramai mengunjungi masjid-masjid kita setiap kali kedengaran azan dikumandangkan, kerana laungan tersebut mengajak kita bersegera untuk bersama-sama bersembahyang.

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH

Sebaik-baik Saf Dan Keutamaan Saf

Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata: “Rasulullah bersabda: “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim)Dari Abu Hurairah pula, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim) “Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)

Menyempurnakan Saf Yang Hadapan Dahulu

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan “Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)

SOLAT BERJEMAAH

SMKDARA

SMKDARA
back to top