Program : Memasak Bubur Asyura
Tarikh : 24/10/2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Surau Ar-Rahman
Sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab “Ada ya Nabi”. Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada.
Berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’. Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.
Jelasnya program memasak bubur asyura berjaya mengukuhkan tali silaturrahim dikalangan qariah surau. Semoga permuafakatan yang terbina membawa rahmat dan berkat kepada seluruh warga surau Ar-Rahman..
Rujukan :
1) https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/06/amalan-memasak-bubur-asyura/
0 comments: