Tuntutan
berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat,
pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi
adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang
lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat
dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
0 comments: