Tuesday, October 6, 2015

AL-QURAN DIGENGGAMAN

Posted by Cikgu Zul-Majdi  |  at  3:31 AM


Al-Quran digital atau aplikasi al-Quran yang sedang dibuka atau yang sedang dipaparkan mempunyai hukum yang sama seperti mushaf biasa, tidak boleh dibawa dan dibaca di dalam tandas dan juga tidak boleh merendahkan kedudukannya. Namun begitu, sekiranya Al-Quran digital atau aplikasi al-Quran telah ditutup dan tiada pada paparan lagi, maka hukumnya harus dibawa ke dalam tandas.
Hukum membawa masuk alat perisian al-Quran ke tandas dalam kitab Nihayah al-Muhtaj karangan Imam ar-Ramli Rahimahullah, beliau berpendapat bahawa benda-benda yang tidak dihukumkan sebagai al-Quran atau nama-nama yang tidak dimuliakan adalah harus untuk dibawa masuk ke tandas. Begitu juga jumhur ulama tidak menegah untuk rnembawa benda-benda selain zikir Allah ke tandas.



Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al- Quran atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Quran itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas.

Rujukan : Al-Islam ms 70, September 2015

Tagged as:
About the Author

Write admin description here..

0 comments:

SMKDARA

SMKDARA
back to top