Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid. Di sinilah kita dapat menilai diri kita sama ada kita sering ke masjid untuk solat berjemaah atau sebaliknya; atau seminggu setakat sekali sahaja iaitu untuk solat Jumaat.
Ayuhlah, marilah kita beramai-ramai mengunjungi masjid-masjid kita setiap kali kedengaran azan dikumandangkan, kerana laungan tersebut mengajak kita bersegera untuk bersama-sama bersembahyang.
0 comments: